BATIK DI MALAYSIA

SEJARAH BATIK 

 Batik adalah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Seterusnya, batik telah terkenal di Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Pada tahun 1910, batik telah diperkenalkan di Kelantan, Malaysia.Pada tahun 1770-an, sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan. Oleh disebabkan itu, batik telah menjadi satu kraftangan yang terunggul di Malaysia. Seterusnya, kebanyakkan kilang perusahaan batik tertumpu di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Disamping itu, batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa kerana rekaan yang dibuat bermutu tinggi serta corak yang diwujudkan mempunyai keunikan yang tersendiri untuk memikat hati pengguna. Batik bukan sahaja diminati oleh rakyat Malaysia, malah ia juga diminati oleh pelancong yang datang dari luar negara. Mereka menjadikan batik sebagai cenderahati.

 Batik juga telah dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.

 Rakyat di negara kita menggunakan batik secara meluas iaitu dengan cara membuat baju seperti baju kemeja batik atau baju kurung batik, kain sarung dan batik lepas. Sebagai contoh, pakaian pramugari kapal terbang MAS direka daripada batik. Seterusnya, batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian seperti majlis perpisahan, majlis perasmian dan sebagainya. Selain itu, batik digunakan untuk membuat barang hiasan seperti alas meja, cadar, tudung dan lain-lain lagi.



BATIK KELANTAN

 Di Kelantan, Bazaar Buloh Kubu merupakan bazar yang terkenal dengan jualan batik yang mempunyai kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi. Bazar ini terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar. Konsep bazar ini ialah pasar terbuka di mana pengunjung dapat membeli barang dengan harga yang berpatutan.



BATIK TERENGGANU

 Di Terengganu, Kompleks Kraf Noor Arfa merupakan kompleks penjualan batik yang terkenal di Terengganu. Kompleks ini juga merupakan lokasi yang boleh dilawat untuk mengenali lebih mendalam lagi tentang keindahan dan keistimewaan seni batik di Malaysia. Terdapat juga penjualan kraftangan yang lain seperti anyaman, wau dan ukiran kaca. Kompleks Kraf Noor Arfa ini telah tercatat dalam buku "Malaysian Book of Records" sebagai pengeluar batik yang terbesar di Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

BATIK DIMENSI BARU (CARA PEMBUATAN SELUAR BATIK)

INFO TENTANG BATIK