Posts

INFO TENTANG BATIK

Image
 MOTIF BATIK  Motif merupakan corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses menerap batik. Terdapat 2 bentuk motif yang digunakan dalam menerap batik iaitu motif organik dan motif geometri. Motif organik menggunakan unsur-unsur alam semulajadi seperti bunga. Manakala, motif geometri pula tertumpu kepada corak geometri seperti segi empat, bulat, segi tiga dan lain-lain lagi. MOTIF ORGANIK : 1. Motif Ayam 2. Motif Bunga Buluh 3. Motif Bunga Kerak Nasi 4. Motif Bunga Orkid 5. Motif Bunga Raya 6. Motif Bunga Kotak Bercampur 7. Motif Daun Sireh 8. Motif Rama-Rama 9. Motif Siput MOTIF GEOMETRI : 1. Motif Pucuk Rebung 2. Motif Bunga Kotak Bercampur CONTOH MOTIF ORGANIK CONTOH MOTIF GEOMETRI CORAK BATIK   Corak batik adalah cara bagaimana motif-motif batik yang dipilih di corakkan ke atas kain batik. Antara corak-corak yang digunakan adalah : 1. Corak Berdiri 2. Corak Jalur 3. Corak Melintang 4. Corak Menyerong 5. Corak Menyeluruh 6. Corak Tompok-tompok 7. Corak Ulangan Batu-bat...

BATIK DI MALAYSIA

Image
SEJARAH BATIK   Batik adalah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Seterusnya, batik telah terkenal di Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Pada tahun 1910, batik telah diperkenalkan di Kelantan, Malaysia.P ada tahun 1770-an, sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan. Oleh disebabkan itu, batik telah menjadi satu kraftangan yang terunggul di Malaysia. Seterusnya, kebanyakkan kilang perusahaan batik tertumpu di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Disamping itu, batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa kerana rekaan yang dibuat bermutu tinggi serta corak yang diwujudkan mempunyai keunikan yang tersendiri untuk memikat hati pengguna. Batik bukan sahaja diminati oleh rakyat Malaysia, malah ia juga diminati oleh pelancong yang datang dari luar negara. Mereka menjadikan batik sebagai cenderahati.  Batik juga telah dikategorikan kepada beberap...

BATIK DIMENSI BARU (CARA PEMBUATAN SELUAR BATIK)

Image
 BAHAN-BAHAN : 1. Mesin Jahit 2. Benang&Jarum peniti 3. Butang 4. Kain Batik 5. Gunting 6. Pita Pengukur 7. Kapur Penanda 8. Getah pinggang lebar 2inci PROSES PEMBUATAN : Sediakan kain batik Lipat kain batik kepada dua bahagian serta lukiskan bahagian yang ingin digunting mengikut saiz seluar contoh. Guntingkan bahagian yang dilukis dan anda akan mendapat dua bahagian setelah digunting iaitu bahagian depan dan belakang. Cantumkan kedua-dua bahagian dan jahitkannya di bahagian dalam. Cantumkan pula bahagian cawat seluar. Cantum dan jahit bahagian kaki seluar. Jahitkan tengah getah supaya apabila anda pakai, tidak lucut. Cantumkan dan jahit bahagian pinggang dan masukkan getah ke dalamnya. CONTOH VIDEO PEMPROSESAN :   CONTOH 1   CONTOH 2